RSS

peluang

finally, i had a chance to meet two of my besties (yg sgt sombong blk ipoh tak nak jumpa.huh) a.k.a zairah and siti sarah dekat T.O.S cafe opposite Tutti Frutti at De Garden Ipoh. oh pluss jumpa aini anisyah and fatin zalikha juga. sebab aini dah nak pergi melanjutkan pelajaran ke UIA. go UIA go UIA!. hehe.
eventhough jumpa sekejap saja, sebab kena tunggu cik anis yang manis tu habis kerja pukul 5 petang, kami sempat menghabiskan masa-masa berkualiti bersama. chewahh! :P
sementara tunggu aini and fatin datang, ini lah yang kami lakukan!. trettt tet tet tettt.....



main UNO STACKO!.
p/s; itu air sara yg bernama blue ocean. sedap! :)
wajah seorang juara

wajah ceria sebagai naib juara

wajah behati2 sebab dia yg runtuhkan uno tu! haha

semangat!. konon -_-

thennn. kami main ini! ;)
tak tahu apa nama game ni. tp cara dia adalah dengan
tidak menjatuhkan munyet2 comel iteww!. :D

angah main tipu!. hahaha


muka2 semangat mendengar syarahan aini n fatin.
;D

anis+sara+zaira+aini+(fatin si cameraman)= :)


WE HAD FUN YAWWW!.

p/s: wangey+syaz jeles tak? :P

dont ask me why

people always misjudge if the intention is to make things better. *sigh




"kau dengan kawan-kawan kau boleh pergi berambus kalau nak sangat".

the most harsh status that i've updated without any custom privacy. n still those words wont describe how i really felt. bye

update blog.

NANA! kite dah update blog!. hahaha.

tag tu next time pulak buat sebab dah mengantuk esok nak kerja. bye2 ily imy! :*

di sebalik pokok.

day: thursday
date: may 29th

ok as usual my routine begins....
di suatu tengah hari yg indah, saya dengan bersemangat waja nak pergi kerja. masa tu 1145 yer kawan-kawan sekalian. sedang seronok melayan lagu "if we ever meet again" nyanyian anis eh katy perry n timbaland tu. perghh lagu tu menjadi kegemaran saya sekarang. eypp anis melalut laaa. okay2 sedang seronok melayan lagu tiba-tiba kereta macam semput,macam terenjut2 gitu. hati dah rasa tak sedap. tapi mengendahkannya sebab tahu kereta antik memang begitu -_-

and masa kereta tu semput saya sedang memandu di roudabout sebelum menuju ke jalan lurus menghala jaya jusco,ipoh. sampai sahaja di traffic light nice pulak merah time tu. LALU, kereta dengan slow motion mengikut gerak berhentinya kereta aku dan terus mati. serious plus sumpah aku benci kalau kereta mati tengah jalan. bawak la kereta antik ke tak antik memang sumpah tak suka kalau jadi camtu. sebab nanti aku jadi cuak gilaaaaaas!. so memang betul pun, aku cuak gila nasib tak mati lagi-lagi sorang kan. (tu laaaa. org suruh berdikari kau tak nak. asyik nak berkepit dengan tuuuuuuuunnnnnnnnnnn jer. hwaaaaa :( ). masa tu emosi dapat dikawal lagi dengan harapan menggunung masih boleh menghidupkan enjin seperti biasa.tapi sangkaan ku meleset sama sekali sebab kereta tak boleh start langsung. boleh imagine macam mana cuak nya anis zulaikha yang anda kenali masa tu?. perghhh tak boleh digambarkan. only God knows how i feel!.

disebabkan tak tahu nak buat apa, 1st person saya call ialah abah mintak tolong walaupun tahu mesti lambat abah nak dtg sebab dia dari rumah. pastu keluar kereta. tinggal semua kunci dan beg serta barang berharga tanpa berfikir panjang. then terus call encik fahlyq mengadu domba bla bla bla. dia pun tak boleh datang sebab dia pun dari rumah plus motor dia rosak. hwaaaa. then call pulak superviser saya iaitu abg zai (kenapa la x terpikir call je dia awal2 padahal dia plg dekat. omg anisssss! -_-) . then call mama, saya tak tahu kenapa kalau jadi benda susah hati macam ni kalau cakap dengan mama, saya mesti menangis. so dengar suara mama terus menangis plus actually takut n malu sebab sorang2 kat situ. and orang yg lalu lalang naik kereta motor horn tak henti2 plus marah suruh bukak hazard light. masalahnya kereta ni ANTIK, hazard light pun dah rosak. kalau tak dah lama saya on. arghhhh!. lagi lah saya takut dan cuak.

tolong la paham aku seorang jer PEREMPUAN masa tengah jadi, what do u expect?. kalau aku ni terel bab2 kereta tak ape. wa boleh tunjuk taring. ni wa ade gigi kapak je der. so masa tu rasa sedih sangat sebab orang yang lalu lalang tu seorang pun tak datang tolong aku even tanya aku okay ke tak. sedih sangat. biasalah anis zulaikha bab2 emosi macam ni memang dia cepat touching.

tapi serious la, now i know why malaysian is categorised as a third grade country. because we have zero civic minded. benda-benda kecik macam ni la patut dititk beratkan. apa yang diorg tahu just nak rebut kuasa nak pegang kawasan itu la kawasan ini la. !!@@#@%#%@%$^#&%* la!. huh. maaf cakap, tapi saya rasa Malaysia patut contohi negara luar dalam bab ni. bukan nak perlekehkan tanah tumpah darah sendiri tapi open minded lah sikit bab2 ni. and bukan sebab marah saya tak ditolong oleh mereka, tapi benda ni memang happen all the time. bukan pada saya saja tapi pada semua orang. pada sesiapa yang fikir saya selfish, mungkin anda tak rasa apa yang kami rasa. perghhh anis zulaikha kalau dapat jadi menteri pembangunan wanita ni mesti perghhh. membebel je la dia tahu. :D

okay dah banyak saya melalut ni. lalalalaaaa. berbalik kepada cerita tadi.
oh2!, beberapa minit sebelum abah sampai masa tu tengah on the phone di sebalik pokok dengan encik fahlyq, tiba-tiba kereta saya bergerak ke belakang. argghhhh! lagi lah bertambah cuak time tu. terus kejar pergi kat kereta walaupun malu setebal 10inci kat muka sebab nak kena lalu depan org2 lalu lalang tu, then terus tarik hand brake. fuhh nasib x gerak dah. kalau la hand brake pun time tu loose memang naya la panjang cerita nya and korang sampai esok la tak habis baca entry ni. pastu baru saya ambil beg dan kunci dalam kereta pastu keluar balik and menyorok belakang pokok tak nak bagi orang tahu siapa punya kereta tu.

about 5min later, dengar abah panggil nama ika dengan cara "lutcak" sebab saya belakang pokok. haha time tu memang lawak sebab abah gelak tengok air mata ku meleleh. hahaha siot sahaja bapa ku ini. then baru lah superviser ku sampai. maka tamat lah cerita ini. tak larat dah cerita lagi apa jadi lepas tu.sebab dah okay.hehe.sooo moral of the story is.... jangan menyorok belakang pokok. hahahaha. eyppp jangan gelak! :P